:: GURU DISIPLIN ::

En. Mohd Shawal bin Shamsuddin
.


SEKAPUR SIRIH



Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, saya diberi kekuatan menjalani tekad dan iltizam sebagai Guru Disiplin SKBL sesi 2012.



Dalam meneruskan komitment secara kolektif bersama guru dan ibubapa, disamping bernaung di bawah panji panji ilmu serta berpaksikan acuan budaya Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas, Lembaga Disiplin cuba membentuk dan melahirkan murid-murid menjana modal insan serta melahirkan pemikiran minda kelas pertama.



Sekian terima kasih

Mohd Shawal bin Shamsuddin



Pengerusi
En. Mohd Shawal bin Shamsuddin
Setiausaha
Pn Rajini A/P Samuthram



Ahli Jawatankuasa
Pn. Latifah bt Abd Latiff
En. Zulfadli bin Hamzah
Pn. Elmy Suhana bt Suleman
En. Mohd Razif bin Othman

:: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING ::

Encik Rozeani bin Din


.SEKAPUR SIRIH



Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera





Unit Bimbingan dan Kaunseling melihat perkembangan ICT ini sebagai medium terbaik dalam perkongsian ilmu dan seterusnya memberi ruang dan peluang yang lebih luas kepada warga sekolah amnya dan pelayar internet umumnya membina minda ketahap yang lebih cemerlang.



Kepelbagaian info maklumat yang disediakan mampu menarik minat semua golongan mengakses tanpa had batasan dalam usaha melahirkan modal insan yang berketerampilan dalam berdaya saing.




Bersama-samalah kita membina dan memelihara jaringan ilmu ini umpama serumpunlah kita bak serai, selianglah kita bak tebu kerana bulat air kerana pembentung, bulat kita kerana muafakat.



Semoga Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBL dapat merealisasikan apirasi menjana potensi diri untuk berjaya dari aspek intelek, jasmani, emosi, rohani serta beriman dan beramal soleh dalam kalangan warga SKBL



Rozeani Hj Din







En. Ezzar bin Mohd Kamal





Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.



Sejajar dengan fungsi Unit Bimbingan dan Kaunseling yang bertindak sebagai satu unit untuk membantu dan memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar dan juga ibubapa adalah diharap agar laman web ini akan dimanfaatkan sepenuhnya.Pelajar-pelajar serta ibubapa diharap dapat menggunakan laman interaktif untuk mengajukan permasalahan mereka serta mengadakan perbincangan terbuka yang dapat disertai oleh para guru sebagai moderator.



Kaedah perbincangan ini adakalanya lebih baik kerana para pelajar serta ibubapa dapat menyatakan permasalahan yang timbul tanpa perlu berurusan secara langsung dengan para guru dan juga tanpa perlu rasa takut, malu atau terdesak. Unit Bimbingan dan Kauseling juga dari masa ke semasa akan memuatkan maklumat-maklumat serta bahan-bahan untuk rujukan para pelajar, ibubapa serta guru-guru sekelian. Ini adalah dengan harapan agar semua pihak akan mempunyai informasi terkini tentang segala aktiviti, perancangan dan lain-lain hal yang berkaitan dengan unit ini.



Encik Ezzar bin Mohd Kamal




Pengerusi
En. Rozeani bin Din
Setiausaha
En. Ezzar bin Mohd Kamal




Ahli Jawatankuasa
En. Mohd Shawal bin Shamsuddin
Cik Hermiyah bt Rahman
En. Norhisyam bin Abdullah
Pn Rosimah bt Mohamed
Pn Norhayati bt Puteh
Semua Guru Kelas